Wednesday, February 17, 2010

1st day

..saya mulakan hari ini dengan azam yang teguh.

7.20am - sediakan sebotol teh Herbalife (1 ltr) utk saya dan satu lagi untuk suami tersayang saya. dia pun nak kurus juga, jadi kami kongsi teh.

7.30am - minum teh sikit demi sikit hingga jam 9.00 pagi. perut saya kembung dgn teh pada waktu ni. tapi at least saya tak lapar..

9.00am - saya mula bancuh serbuk F1. Caranya adik2, campurkan 2 sudu rata serbuk dengan air masak. kemudian goncang dgn bersungguh2. tapi, dkt 8 minit goncang masih tak larut keseluruhan.. aiikk musykil nih? Last, saya ambil keputusan utk minum je dan telan terus ketul2 yg tertinggal tu.. dan rasanya hmmm...wuekk T____T

selepas itu, saya pun sibuk surf internet utk cari resepi2 shake yang sedap

9.30am - saya sibuk minum air pulak..
(sb kuota air yang perlu saya ambil harini haruslah tidak kurang dari 3 liter. nasib baik dah training minum air byk sblm ni..)



















12.00noon - saya dah tak keruan sb dah mula lapar.. mcm mana ni..?? cepat..cepat..tolong sibukkan diri sendiri supaya x igt makanan.. minum air lagi dan lagi dan lagi T____T

12.45pm - saya ambil keputusan utk ber-aerobik pula sblm lunch. wahhh..mulia sungguh tubuh badan saya ni.. jadi sempatlah saya mengikuti Marian Ramaikas aerobik menerusi VCD di work station saya.

1.15pm - LUNCH. harini makan bihun sup sayur dgn putih telur. tapi oleh sebab tak selera, saya makan separuh je bihun dan tapi berjaya habiskan semua ladang2 sayur dlm bihun itu.

4.00pm - pagi tadi kawan saya Amy ada belikan kuih cekodok manis. sedap katanya. dia tak tau saya ber-diet. jadi, saya diberi 2 ketul. saya berjaya menahan nafsu utk memakannya. tapi skrg ni tangan saya bagai di tarik2 utk suapkan sikit ke mulut (walaupun tak la lapar). hmmm..lama jg saya berkira2.. akhirnya saya tewas. saya ambil setengah ketul dan lap2 dgn kertas tisu (dgn harapan kurang sikit rasa bersalah)..dan terus masukkan ke mulut... dan cepat2 pula saya sorokkan baki kuih tu dalam beg tangan berzip supaya tak dpt saya melihatnya lagi

6.00pm - saya sediakan bahan2 utk shake (F1 + F3). kali ni saya nak blend kan supaya saya tak rasa nk termuntah lagi. saya juga masukkan sedikit kismis ke dalam shake sblm mem-blend. dan rasanya...boleh tahan juga.

Saya sambung lagi minum air supaya cukup 3 liter

9.30pm - saya dah nk tido. akhirnya berjaya juga hari ini (",)

No comments:

Post a Comment